Cara menunaikannya pula adalah sama seperti
sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga
dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama
jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah
rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah
bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya
seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
1. Mulakan dengan niat : "Sahaja Aku Solat Dhuha dua rakaat kerana Allah ta'ala"
2. Rakaat pertama disunatkan membaca surah As-Shams manakala rakaat kedua disunatkan membaca surah Ad-Dhuha.. **tapi, baca surah lain pun tak ape**
3. Selepas selesai salam. Angkatlah tangan dan berdoa dengan doa ini:
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Fadhilat solat Dhuha ialah
Sooooo,,, dah tahu ni... JOM KITA AMAL :)