Back To Nature : Kembali kepada Fitrah

Alhamdulillah, pada 25 Feb (Isnin) telah diadakan satu program di bawah kelolaan Biro Kerohanian PMI di Asrama SPS Alor Akar. Program ini diberi nama "Back to Nature" kerana ingin membawa kembali kita kepada fitrah hidup setiap insan yang beriman kepada Allah.

Program tersebut berupa bacaan yassin, solat taubat dan solat hajat, solat isya berjemaah, tazkirah + tayangan video. Alhamdulillah, secara umumnya, program ini telah mencapai target iaitu utk membawa warga sps turun berjemaah di musolla.




Sangat mengharukan kerana bilangan yang hadir di luar jangkaan. Segala puji bagi Allah yang mengizinkan segalaNya berlaku...sangatlah besar harapan kami program seperti ini akan dilakukan lagi,, insyaAllah..