LAWATAN AKADEMIK KE KIPSAS
.Assalamulaikum w.b.t.
Salam mujahadah buat para pencinta Allah dan RasulNya. Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.
Maka, penuhilah masa lapang antum dengan penuh rasa kesyukuran terhadap nikmat-nikmatNya
Berkongsi Pengalaman
Salam mujahadah buat para pencinta Allah dan RasulNya. Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, tibalah masa jari-jari ini untuk merakam cerita dan dua mata ini untuk bersengkang seketika serta otak sedang ligat memikir kata. Meski ini bukan tinta berharga, cuma cetusan ilham dari hambaNya, sudilah kiranya paparan ini menjadi tatapan sekadar meluangkan masa.
" Ada dua kenikmatan yang membuat kebanyakan manusia tertipu iaitu nikmat sihat dan waktu lapang. "
(HR Bukhari)
Maka, penuhilah masa lapang antum dengan penuh rasa kesyukuran terhadap nikmat-nikmatNya
Berkongsi Pengalaman
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, setelah beberapa kali tarikh lawatan ditunda, akhirnya pada 8 MAC 2013, seramai kira-kira 10orang MT dan pelapis-pelapis Persatuan Mahasiswa Islam,IKIP (PMI), telah berpeluang mengadakan diskusi tertutup bersama barisan MT Aman Club,KIPSAS berkenaan dengan gerak kerja persatuan masing-masing.
![]() |
Barisan MT dan pelapis dari PMI, IKIP. |
Barisan MT dari Aman Club, KIPSAS.
Pelbagai perkara yang dibincangkan, antaranya :
- Visi dan misi persatuan.
- Latar belakang persatuan.
- Dana persatuan.
- Komitmen MT dan AJK persatuan.
- Perkembangan aktiviti dakwah.
- Perancangan aktiviti biro.
- Bi'ah mahasiswa di IKIP dan KIPSAS.
Dan beberapa aspek lagi dalam usaha menggerakkan dan melicinkan prestasi persatuan masing-masing. Perbincangan yang pada mulanya tampak serius dan kurang efektif semasa sesi taaruf, bertukar hangat dan proaktif apabila pelbagai isu persatuan yang dibangkitkan.
Daripada personaliti mereka yang secara zahirnya terpancar sinar kepimpinan dan tawaduknya, rupa-rupanya mereka sangat professional dalam berbicara. Terus timbul rasa selesa kami sebagai tetamu dengan layanan mesra tuan rumah.
![]() |
Tekun mendengar kisah itik dan telur emas yang menjadi asas gerak kerja PMI. |
Barisan MT muslimat.
Sepanjang meeting berlangsung, setiap minit benar-benar diluangkan dengan baik. Soalan demi soalan dan perbincangan demi perbincangan yang dicetuskan sehingga jarum jam menunjukkan pukul 7.00petang. Tepat jarum panjang berganjak ke angka dua belas, kami masing-masing menangguhkan perbincangan dengan harapan ia dapat diteruskan lagi dalam jangka masa akan datang.
Sesungguhnya perancangan Allah Maha Hebat, tiada siapa pernah duga akan terjalin ukhuwah islamiyah bersama sahabat-sahabat yang baru 2jam ditempatkan dalam satu ruang yang sama, dan ditakdirkan bertemu dalam penyatuan bagi memikul beban dakwahNya. Moga hati-hati ini terus bersatu membentuk fikrah yang sama di jalan Allah s.w.t. Amiin.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Hujurat,10 mafhumya :
" Orang-orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."
Adab bertamu di tempat orang : Makanlah apa yang dihidangkan, dan jangan meminta-minta apa yang tidak dihidangkan.
Adab menerima tamu @ tuan rumah : Disunnahkan menemani tamu makan kerana tamu datang membawa rezeki dan pulangnya membawa keampunan bagi tuan rumah. Subhanallah!
Alhamdulillah, selepas sesi perbincangan tamat, kami dijamu dengan kudapan ringan. Ringan tetapi rasa terisi dengan borak-borak santai kami. Hmm inilah yang manisnya. Manisnya apabila sama-sama mengikat ukhuwah :)




