Solat Dhuha: Kaifiat dan Fadhilat

Apa yang anda tahu tentang solat sunat dhuha? Kaifiatnya? Fadhilatnya?? Pernah tak anda cuba untuk mendirikannya??? Bila waktu solat dhuhanya??

SOLAT DHUHA adalah antara solat sunat yang TIDAK PERNAH ditinggalkan oleh rasulullah S.A.W. 

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.




Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

1. Mulakan dengan niat : "Sahaja Aku Solat Dhuha dua rakaat kerana Allah ta'ala"
2. Rakaat pertama disunatkan membaca surah As-Shams manakala rakaat kedua disunatkan membaca surah Ad-Dhuha.. **tapi, baca surah lain pun tak ape**
3. Selepas selesai salam. Angkatlah tangan dan berdoa dengan doa ini: 




Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 

kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Fadhilat solat Dhuha ialah






Sooooo,,, dah tahu ni... JOM KITA AMAL :)