Senyumlah
Assalamualaikum semua...harap kalian semua sihat sejahtera hendaknya..Kali ni saya nak share something..
Benda ni ringan je nak buat..Hanya orang yang beriman akan terkejar kejar nak buat ibadah ni..
Disebabkan saya baru bagi tazkirah pasal tajuk ni, so nak share jugak ilmu ni pada orang lain.
Agak-agak la kan, apa IBADAH YANG TIDAK MENGGUNAKAN KOS????
jawapan nya ialah SENYUM
Rasulullah pernah bersabda "Senyuman kepada saudara mu adalah sedekah".
Tetapi,hanya senyuman pada manusia sahaja akan dikira sedekah. So, jangan lah pulak lepas ni kalau tabung dema digerakkan pada kita, kita just bagi senyuman je sebab senyum itu sedekah..salah caranya tu..
Senyum itu SUNNAH..
Setiap kali kita senyum, niat kan dalam hati kita bahawa kita senyum ni untuk mencontohi akhlak Rasulullah.
Kita jangan anggap amalan sekecil ini tidak ada manfaat bagi kita..secara tidak langsung senyuman ini dapat mengeratkaan lagi hubungan kita dengan seseorang..KUNCI BAGI SEBUAH PERKENALAN ADALAH SENYUMAN.
Mintak PERHATIN!!!! Jangan menyalah gunakan senyuman manis kita ni k...harap kalian semua paham apa yang cuba dikatakan..
Dalam kitab Dalil Al-Falihin ada mengatakan "SENYUMAN seseorang dapat menjinakkan hati saudaranya dan membuang perasaan takut dan segan terhadapnya. Ketika seseorang tersenyum, akan terlahirlah kasih sayang dan jalinan hati yang amat digalakkan sesama Mukmin.
Contohnya: Senyuman isteri dapat menghilangkan keletihan suami yang seharian mencari rezeki. Ketahuilah, senyuman menjadi 1 magnet kepada suami agar segera pulang ke rumah. Fikir-fikirkan lah.....
SENYUMAN PROFESIONAL VS SENYUMAN SUNNAH.
Contoh untuk senyuman profesional ialah seorang KAUNTER. Kaunter tersebut akan layan pelanggan dia dengan senuman yang paling manis.Tapi bila sampai sahaja di rumah, habis 1 family dia kena marah..
Contoh untuk senyuman sunnah pulak ialah seseorang itu akan senyum dari hati yang suci dengan keimanan janji Rasulullah. Harap kalian dapat input yang bermanfaat dari blog ini.
SENYUMLAH, ANDA AKAN BAHAGIA!!!!!


