Study Group Campur Lelaki dan Perempuan
Assalamualaikum...Di sini saya ingin share something dengan kawan-kawan semua..
Masalah ni selalu bermain di fikiran kita dan juga susah untuk mengelakkan diri dari terjadinye perkara ini.
Mungkin ada sesetengah kita terselamat TETAPI kebanyakkanya tidak selamat..
Kita pernah tak terpikir apa hukum study group campur LELAKI dan PEREMPUAN???Kalau betul lah Islam membenarkan apa dalil yang sahih???
Tapi yang pasti Kahalalan dan Keharaman yang telah ditetapkan dalam Islam pasti ada sebab dan hikmahnya kan???

Apa yang jelas ialah , sekiranya terdapat rakan
lelaki atau wanita yang arif dan tahu tentang sesuatu perkara yang menuntut kita untuk
belajar daripada nya , maka secara kaedahnya , kita tidak perlu lagi untuk
mencari rakan wanita atau lelaki pula untuk belajar dan melakukan study group dengan
nya.Apatah lagi jika apa yang ingin kita pelajari itu boleh kita perolehinya
daripada rakan lelaki lain.
Ini kerana wajib ke atas setiap individu Muslim
itu agar menjaga dirinya daripada terjebak kepada perkara-perkara yang boleh
membawa kepada maksiat dan dosa yang lebih besar.
Firman Allah swt dalam Surah at-Tahrim ayat 6 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah
dirimu dan keluargamu dari api neraka
Begitu juga kita dilarang untuk menghampiri
kepada jalan-jalan yang boleh membawa kepada zina sebagaimana firman Allah swt
dalam surah al-Isra’ ayat 32 :
وَلا تَقْرَبُوا
الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya
zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
Berpasang-pasangan antara
lelaki dan wanita , walaupun dalam jumlah yang ramai dalam proses pembelajaran
sebenarnya lebih menjurus kepada keburukan daripada kebaikan.Ingatlah bahawa
syaitan akan sentiasa mencari jalan dari sudut mana sekalipun untuk menyesatkan
umat manusia.
Semoga kita boleh mengambil manfaat sebanyak yang mugkin...
smile always....:)