Bedah Filem "Alangkah Lucunya Negeri Ini"
Ulasan Bedah Filem oleh Saudara Faizin
"Tujuan
pendidikan ialah untk membangunkan sosioekonomi masyarakat. Apa2 yg tak menyumbang
kepada perkembangan sosio-ekonomi masyarakat, tidak akan dibuat.
Ilmu yang
tiada kaitan dgn sarjana kita, ijazah kita.. kita tak ambil tahu. Sangat sukar sebenarnya
untuk mengertikan “Aku belajar kerana
ALLAH” kerana kita pun tak tahu di mana Allah di dalam pendidikan kita.
Sheikh
Naquib Al-Attas : Masalah umat yg UTAMA
adalah masalah ILMU kerana kita tidak tahu hakikat ilmu itu bagaimana dan kita
tidak tahu makna di sebalik ilmu yang kita pelajari.
Ayat pertama
turun pada nabi berkenaan “IQRA’ – Bacalah!“
yg menunjukkan akan kepentingan ILMU.. Jika tanpa bacaan, tidak akan
dapat ilmu…
Apa akan jadi
jika tujuan pendidikan itu terus diimplemen utk menaikkan sosioekonomi. Mcm
mana pendidikan kita??? Adakah hanya pada masyaratkat?? Seharusnya, semakin
tinggi pendidikan, semakin dekat dengan Allah bukannya semakin jauh dan terus
menyombong…
Imam Syafie
pernah berkata : “Jika kamu tidak merasa pahitnya (susah) BELAJAR , kami
terpaksa menelan kehinaan sepanjang hidupmu. Jika masa mudanya habis dalam keadaan
dia tidak belajar, maka takbirkan ke atasnya dengan 4 kali takbir. Sesungguh
perbadi itu dinilai dengan ilmu dan takwa,
jika tiada keduanya, tidak guna untuk diri sendiri” "
Alhamdulillah, sambutan agak memuaskan :) semoga Allah terus bantu untuk perjuangan akan datang


