Mahligai Cinta
Assalamualaikum semua...
Salam ziarah buat sahabat-sahabat seperjuangan...
كيف إيمانكم؟؟ إن شاء الله جيد، صح؟؟
Moga-moga dengan sedikit perkongsian ini akan mengeratkan lagi ukhuwah kita, InsyaAllah...^^Sebelum jari jemari ini makin laju menaip, terlebih dahulu saya ingan memohon maaf kerana agak lambat men"update" this program...
Alhamdulillah, pada 6 MAC 2012 telah diadakan program " Mahligai Cinta " bertempat di Casa Perindu (SPS ) yang di kelolakan oleh Biro Helwi... Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan kefahaman bahawa tiada cinta yang lebih agung melainkan hanya lah CINTA ALLAH S.W.T dan majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran penceramah hebat kita iaitu Ustazah Syahida binti Ishak, Pensyarah Sekolah Pengajian Islam,IKIP...
Program " Mahligai Cinta " bukan sekadar ceramah, tanyangan video dan soal jawab semata-mata, malah kami berkesempatan mengumpulkan kawan-kawan kita di SPS untuk solat isyak berjemaah sebelum bermulanya sesi ceramah...Alhamdulillah, secara umumnya, progam ini telah berjaya dijalankan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan...
Ustazah Syahida bersama wardan asrama Casa Perindu ( SPS)
Sambutan yang menggalakkan daripada warga Casa Perindu (SPS) dan juga pelajar yang tinggal di luar kawasan asrama.
Penyampaian yang hebat oleh penceramah ( Ustazah Syahida) dapat menarik perhatian para pelajar.... Alhamdulillah ^^
Kemuncak sesi ceramah...
Ketika sesi soal jawab, respond daripada peserta sangat baik :) ... ( soalan tak putus-putus )
Pihak di sebalik tabir (AJK-AJK) tekun dalam melaksanakan tugas masing-masing bagi memastikan program berjalan lancar... terima kasih diucapkan...
Syukur ke hadrat ILAHI kerana telah memudahkan urusan kami sepanjang perjalanan program ini berlangsung... Sesungguhnya Dia lah sebaik-baik perancang... Akhir kalam, saya wakil Biro Helwi berharap agar dapat membuat satu progam yang lebih hebat pada masa akan datang... Amin~
Untuk para pelajar dan mahasiswa (yang akan menghadapi ujian –penat) mintalah pertolongan kepada Allah,
ulang-ulanglah doa: Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahla fa sahhil ‘alayya imtihaanii wa waffiqnii fiihi
(Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, maka mudahkanlah ujian itu bagiku dan berilah aku taufik dalam mengerjakannya),kemudian perbanyaklah istighfar dari lubuk hatimu setiap kali ia tertutup.